Wednesday, September 10, 2008

BINAAN CAPACITOR

Capacitor dibina daripada dua(2) plat logam yang diletakkan bersetentangan serta dipisahkan oleh dielektrik seperti udara, kertas, mika, seramik dan sebainya lagi.
Dielektrik adalah bersifat penebat dengan ciri dan emalar tertentu. Biasanya capacitor diberi nama mengikut jenis binaan dielektriknya seperti seperti jenis kertas, seramik, mika dan jenis dielektrik yang dibuat daripada udara.
Kemampuan sesuatu capacitor untuk menyimpan tenaga dinyatakan dalam kemuatan (capacitance) dengan simbol C.
Unit bagi capacitor dinyatakan dalam unit farad (F).


Penerangan












L =
Luas permukaan plat
X = Jarak antara plat
Air = Tempat dielektrik ( Udara, kertas, seramik dan mika)


SAMBUNGAN CAPACITOR

Seperti juga perintang, capacitor juga boleh disambung sama seperti dengan penyambungan perintang(Resistor),iaitu Selari(Paraller) dan Siri(Series)



Penyambungan Jenis Selari (Paraller)















Penyambungan jenis ini adalah satu penyambungan dimana setiap kaki capacitor disambung kepada Voltage Supply.
Jika kita lihat pada simbol capacitor, kita akan nampak seperti ada dua (2) keping plat, jika penyambungan seperti ini, ianya diibarat seperti luas permukaan plat akan bertambah ini kerana luas permukaan plat C1 dan C2 akan ditambah.

Pengiraan

Ct = C1+C2+C3+...........+Cn



Penyambungan Jenis Siri (Series)









Penyambungan jenis sesiri ini adalah penyambungan capacitor secara berderatan atau pun berturut-turut,
Jika kita lihat pada rajah diatas, jika capacitor C1 dan C2 itu ditambah, maka jarak antara plat itu akan menjadi semakin jauh.

Pengiraan

Ct = 1/C1 + 1/C2 + 1/C3 +.........+1/Cn

ataupun

Ct = C1 X C2 /(C1+ C2)


JENIS DAN CIRI-CIRI CAPACITOR BOLEH UBAH

Jenis Mika
















  • Nilai Kemuatan (Capacitance) boleh dilaraskan sehingga mencapai nilai maksumim 100pF
  • Nilai Kemuatan (Capacitance) akan berubah apabila jarak antara plat dilaraskan (dijarakkan samaada dekat ataupun jauh)
  • Ciri Capacitor ini adalah sama seperti capacitor tetap disambung secara siri







Jenis Seramik

















  • Nilai kemuatan (Capacitance) boleh dilaraskan sehingga mencapai nilai maksimum 100pF
  • Nilai Kemuatan (Capacitance) akan berubah jika luas permukaan antara plat diubah.
  • Ciri capacitor ini adalah sama seperti Capacitor tetep disambung secara selari









CAPACITOR BOLEH UBAH (VARIABLE CAPACITOR)
















Capacitor boleh ubah ini ataupun Variable Capacitor, nilai capasitance nya boleh diubah ubah dengan melaraskan mengikut kehendak dan penggunaan litar.
Proses kendalian bagi Variable Capacitor ini, nilai capacitance atau kemuatannya akan bertambah jika Luas Permukaan Plat atau Jarak Antara Plat adalah bertambah. Jika luas permukaan atau jarak antara plat ini kecil maka nilai bagi capacitance adalah kecil.
Tidak seperti capacitor tetap, Varaible capacitor ini tidak mempunyai polariti atau pun kutub.



SIMBOL BAGI VARIABLE CAPACITOR















Monday, September 8, 2008

SIMBOL CAPACITOR TETAP TAK BERPOLARITI

Dalam capacitor yang tak berpolariti ini pula, ianya terdiri dari pada 3 jenis bahan buatan capacitor , iaitu Poliester, Mika dan Seramik




Tahap Kemuatan(Capacitance -C) : 1pF < C <1µf
Had Terima : ±25% - 50%








Capacitor Jenis Seramik



Tahap Kemuatan(Capacitance -C) : 0.01F < C 10pf
Had Terima : ±20%
Kadar Kebocoran : Kecil


Capacitor Jenis Poliester


Tahap Kemuatan(Capacitance -C) :1pF < C 0.01µf
Had Terima : ±1%
Kadar Kebocoran : Kecil






Capacitor Jenis Mika


SIMBOL CAPACITOR TETAP BERPOLARITI

Didalam jenis capacitor yang berpolariti, ianya terdiri dari jenis Capacitor Tantalum dan Capacitor Aluminium


Tahap Kemuatan(Capacitance -C) : 0.1F < C > 100µF
Had Terima
: ±20%
Kadar Bebocoran : Kecil



Capacitor Jenis Tantalum




Tahap Kemuatan(Capacitance -C) :
1µF < C <0.1f

Had Terima :
±(10%-50%)

Kadar Kebocoran :
Kecil


Capacitor Jenis Aluminium



Simbol Capacitor








Ini adalah antara simbol bagi capacitor tetap, capacitor ini adalah capacitor yang mempunyai polaiti atau kutub kakai dimana simbol yang melengkung itu adalah mewakili kutub negatif (-), dan simbol yang tegak itu adalah mewakili kutub positif (+)











Simbol ini dalah sama seperti simbol diatas tetapi simbol ini telah di nyatakan kutub positif(+)

JENIS CAPACITOR

Sama seperti perintang, Capacitor ini terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis Tetap dan Boleh Ubah.
Tetapi capacitor ini ada yang berpolarti(berkutub negatif dan positif), dan ada juga yang tidak berpolariti.

CAPACITOR (PEMUAT)












Capasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik samaada Voltan Arus Ulang Alik (AC) ataupun Voltan ARus Terus (DC).Sebagaimana ia boleh dicas, ia juga boleh di Nyah cas kan ataupun dibuang cas.

Binaan Capacitor

Cpasitor dibina daripada dua plat logam yang diletakkan bersetentangan serta dipisahkan oleh dielektrik seperti udara,kertas,mika,seramik dan sebagainya.Dielektrik adalah bersifat penebat dengan ciri dan pemalar tentu.
Biasanya Capacitordiberi nama mengikut jenis dielektrinya.Keampuan sesuatu capacitor untuk menyimpan tenaga dinyatakan dalam capacitance yang diberi simbol sebagai C dan uni bagi nya ialah farad(F)


PENYAMBUNGAN PERINTANG

Terdapat 3 cara penyambungan perintang iaitu sambungan secara Siri, Selari dan Siri-Selari.

Penyambungan Siri



Penyambungan siri litar bagi perintang ini dalah penyambungan secara berderet atau berturut-turut.
Rajah sebelah menunjukkan cara penyambungan siri bagi perintang,dan kaedah pengiraan bagi perintang sesiri.Untuk mendapatkan jumlah printang, kesemua nilai perintang mestilah ditambah kan mengikut formula diatas.


Penyambungan Selari

Penyambungan Siri bagi perintang ini adalah secara berperingkat-peringkat dimana setiap kaki perintang akan disambungkan dengan punca kuasa(Voltage Supply,Vs).
Rjah disebelah telah menunjukkan cara penyambungan selari bagi perintang dan menunjukkan cara pengiraan perintang bagi penyambungan selari.
Untuk mendapatkan jumlah rintangan keseluruhan bagi penyambungan selari ini,setiap nilai perintang iaitu R1,R2,R3 dan seterusnya adalah mesti dibahagikan dengan 1 sebagai contoh;

R1=100Ohm,R2=200Ohm dan R3=300Ohm




PERINTANG




Perintang(Resisitor) merupakan satu koponen yang boleh mengehadkan pengaliran arus dalam litar.
pemilihan bagi perintang adalah mengikut kesesuaian dalam penggunaan dalam litar.
Dalam kehidupan ini terdapat dua(2) jenis perintang iaitu petintang tetap dan perintang boleh ubah.



PERINTANG TETAP
Merupakan perintang yang telah ditetapkan had rintangannya, nilai had rintangan sesuatu perintang boleh dikira dengan mengira kod warna yang terdapat pada badan sesebuah perintang.
Biasanya terdapat empat jalur warna pada badan perintang,jalur pertama dan kedua menunjukkan digit pertama dan digit kedua, jalur ketiga merupakan pendarab dan jalur keempat ialah had terima bagi perintang tersebut.

KOD WARNA


























PERINTANG BOLEH UBAH(VARIABLE RESISTOR)








Terdapat beberapa jenis perintang boleh ubah yg lazimnya digunakan dalam litar elektrik & elektronic seperti Reostat,Meter Upaya dan Preset.
Kesemua perintang boleh ubah ini mempunyai nilai rintangan yang boleh diubah mengikut kehendak kehendak pengguna.
Contoh penggunaan perintang boleh ubah ini selalunya digunakan pada Radio,untuk menguatkan dan memperlahan kan bunyi tersebut.
Konsep bagi perintang boleh ubah ini adalah, makin besar nilai rintangan makin kecil nilai arus yang dapat dialirkan.

blogger templates 3 columns | Make Money Online