Wednesday, September 10, 2008

BINAAN CAPACITOR

Capacitor dibina daripada dua(2) plat logam yang diletakkan bersetentangan serta dipisahkan oleh dielektrik seperti udara, kertas, mika, seramik dan sebainya lagi.
Dielektrik adalah bersifat penebat dengan ciri dan emalar tertentu. Biasanya capacitor diberi nama mengikut jenis binaan dielektriknya seperti seperti jenis kertas, seramik, mika dan jenis dielektrik yang dibuat daripada udara.
Kemampuan sesuatu capacitor untuk menyimpan tenaga dinyatakan dalam kemuatan (capacitance) dengan simbol C.
Unit bagi capacitor dinyatakan dalam unit farad (F).


Penerangan












L =
Luas permukaan plat
X = Jarak antara plat
Air = Tempat dielektrik ( Udara, kertas, seramik dan mika)


SAMBUNGAN CAPACITOR

Seperti juga perintang, capacitor juga boleh disambung sama seperti dengan penyambungan perintang(Resistor),iaitu Selari(Paraller) dan Siri(Series)



Penyambungan Jenis Selari (Paraller)















Penyambungan jenis ini adalah satu penyambungan dimana setiap kaki capacitor disambung kepada Voltage Supply.
Jika kita lihat pada simbol capacitor, kita akan nampak seperti ada dua (2) keping plat, jika penyambungan seperti ini, ianya diibarat seperti luas permukaan plat akan bertambah ini kerana luas permukaan plat C1 dan C2 akan ditambah.

Pengiraan

Ct = C1+C2+C3+...........+Cn



Penyambungan Jenis Siri (Series)









Penyambungan jenis sesiri ini adalah penyambungan capacitor secara berderatan atau pun berturut-turut,
Jika kita lihat pada rajah diatas, jika capacitor C1 dan C2 itu ditambah, maka jarak antara plat itu akan menjadi semakin jauh.

Pengiraan

Ct = 1/C1 + 1/C2 + 1/C3 +.........+1/Cn

ataupun

Ct = C1 X C2 /(C1+ C2)


JENIS DAN CIRI-CIRI CAPACITOR BOLEH UBAH

Jenis Mika
















  • Nilai Kemuatan (Capacitance) boleh dilaraskan sehingga mencapai nilai maksumim 100pF
  • Nilai Kemuatan (Capacitance) akan berubah apabila jarak antara plat dilaraskan (dijarakkan samaada dekat ataupun jauh)
  • Ciri Capacitor ini adalah sama seperti capacitor tetap disambung secara siri







Jenis Seramik

















  • Nilai kemuatan (Capacitance) boleh dilaraskan sehingga mencapai nilai maksimum 100pF
  • Nilai Kemuatan (Capacitance) akan berubah jika luas permukaan antara plat diubah.
  • Ciri capacitor ini adalah sama seperti Capacitor tetep disambung secara selari









blogger templates 3 columns | Make Money Online